Monday, September 30, 2013

CluCha Terpukau: Ilusi Air Terjun Bawah Laut

Kira-kira 1,200 batu di luar pantai tenggara, Afrika terdapat sebuah negara kepulauan yang dikenali sebagai Mauritius yang menghasilkan ilusi air terjun bawah laut yang amat memukau. Ilusi yang menakjubkan ini terhasil daripada hakisan pasir dan lumpur berbatu didalam laut. Penghasilan ilusi ini lebih jelas sekiranya di lihat dari pandangan atas. 
Google Map
 
 Foto Kredit

Sekiranya di lihat dari sudut berlainan, ternyata ilusi ini terbentuk daripada spektrum berwarna biru, hijau dan putih, membias penglihatan secara 3 dimensi yang menghasilkan aliran air terjun bawah laut yang sangat menakjubkan.
Walaupun tiadanya aliran deras air menyusur ke dasar lautan namun ia adalah suatu permandangan yang amat indah untuk diperkatakan dan  ternyata masih banyak yang belum kita tahu mengenai kejadian lautan di Bumi tuhan yang indah ini. 


Foto Kredit 

Foto Kredit 



Foto Kredit

Sumber: Disini




CluCha Kagum: 250 jenis Epal Pada Satu Pokok.

Dari Granny Smith dan Golden Delicious hinggalah Brownlees Russet dan Wadhurst Pippin, jika epal adalah kesukaan anda, Paul Barnett adalah orang yang perlu anda cari.
Terdapat 250 jenis epal yang sedia untuk di petik, dan yang ajaibnya semuanya tumbuh dan berbuah pada satu pokok.
Paul Barnett telah menghabiskan masanya selama 24 tahun untuk menghasilkan pokok ajaib ini di halaman belakang rumahnya berdekatan dengan Chichester, West Sussex. Pencantuman tunas dilakukan pada setiap musim sejuk untuk setiap jenis epal yang bakal dihasilkan.



Pokok ini menghasilkan perlbagai jenis yang di gemari ramai termasuklah beberapa jenis yang jarang ditemui seperti, Withington Fillbasket (1883) dan Magnum Eady (1908). Barnett, 40, berkata:" Saya mula bekerja di tapak semaian (nurseri) dengan keluasan beberapa ekar dan hanya dapat menanam 90 jenis epal untuk satu baris. Saya ingin menanam pokok saya sendiri tetapi kekurangan tempat, jadi dari situlah saya mendapat idea untuk menghasilkan satu "family tree" dimana saya dapat menghasilkan kepelbagaian jenis epal hanya pada satu pokok dan ia ternyata dapat menjimatkan ruang penanaman saya. Penunasan saya hasilkan pada setiap musim panas dan cantuman pada pokok induk pada setiap musim sejuk."

Untuk penunasan, putik buah di potong dan di masukkan ke dalam kulit pokok " Family Tree", manakala cantuman melibatkan proses yang sama tetapi biasanya pada dahan kecil yang mempunyai lebih dari satu putik buah epal. 
Selepas beberapa lama, tunas dan dahan ini membesar menjadi sebahagian daripada pokok induk dan akhirnya menghasilkan kepelbagaian jenis epal.























Sumber: Disini


Thursday, September 26, 2013

CluCha Extreme: Antara Pengarah Filem dan Badak

Seorang pengarah filem, Kim Wolhuter membuat satu langkah yang bijak dalam meredakan keadaan yang tegang pada satu rakaman dokumentari baru untuk Discovery Channel, "Man, Cheetah, Wild" apabila pergi bersemuka dengan seekor badak hitam. 

Saksikan video dibawah:


Hmm...: Besar dan garang tidak bererti menang, kecil dan kerdil tidak bererti kalah. Akal mempengaruhi segalanya.

Sumber: Disini

CluCha Terpukau: Maze of Mirrors yang Sangat Memukau di Sydney's Hyde Park

Sumber: @beau_seph

Sebuah taman yang bakal atau telah membuat pengunjungnya terpukau dan memukau di  Hyde Park South, Sydney Australia. Taman ini telah diwarnai dan di reka semula oleh Out of the Dark arkitek daripada New Zealand dengan memenuhkan setiap ruang taman dengan cermin (Maze of Mirrors).

Hmm...: Yang mana satu realiti dan yang mana satu imbasan...









Sumber: @heredownunder



Sumber: @jodeska



Sumber: @glenncrouch



Sumber: @jasonbak


Sumber: @pophome

Sumber: Disini

CluCha Best: Tiada Lagi Pembaziran Makanan Dengan "LeftoverSwap"


LeftoverSwap adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna untuk berkongsi lebihan atau sisa makanan mereka. Pengguna akan menggunakan aplikasi ini, dengan mengambil gambar lebihan makanan mereka dan kongsikannya. Sesiapa yang berminat, bolehlah menyemak atau mencari lebihan makanan yang berdekatan. Proses pengambilan makanan boleh di atur samaada dengan penghantaran atau datang kepada si pemunya lebihan. Aplikasi ini kini boleh didapati untuk IOS di iTunes, dan versi Android masih lagi dalam proses pembangunan. LeftoverSwap telah dicipta oleh Dan Newman dan Bryan Summersett dalam usaha untuk mengurangkan sisa makanan.





Sumber: Disini & Disana & Disinun




Wednesday, September 25, 2013

Ienami Planter

Sumber: Disini

Ienami adalah model minimalis bangunan kediaman Jepun, lengkap dengan tangga hingga ke bumbung dan yang pasti tumbuhan yang menghijau pasti cantik di pamerkan.


Berdasarkan seni Jepun purba Bonkei, lanskap mikro. Terdapat empat versi untuk dipilih: hiroba (yang bermaksud "persegi" atau "plaza"), roji ("lorong"), Zigzag atau tunnel. Atau anda boleh mendapatkan semua empat dan hasilkan suatu "bandar" kecil yang indah.

Sangat Ideal untuk penanaman dedaun kecil seperti lumut.










iPhone Digodam Dengan Cap Jari Palsu atau Klon

Sumber: Disini

The Chaos Computer Club, unit penggodam biometrik telah mengumumkan telah berjaya menggodam fungsi cap jari biometrik iPhone, Apple dengan hanya menggunakan teknik pengklonan cap jari. Starbug CCC merumuskan: "Seperti yang telah di nyatakan untuk bertahun lamanya, cap jari tidak boleh dijadikan sebagai kaedah utama dalam selamatkan apa-apa maklumat. Cap jari palsu teramat mudah untuk di cetak dengan hanya menggunakan cap jari yang di tinggalkan."