Dari Granny Smith dan Golden Delicious hinggalah Brownlees Russet dan Wadhurst Pippin, jika epal adalah kesukaan anda, Paul Barnett adalah orang yang perlu anda cari.
Terdapat 250 jenis epal yang sedia untuk di petik, dan yang ajaibnya semuanya tumbuh dan berbuah pada satu pokok.
Paul Barnett telah menghabiskan masanya selama 24 tahun untuk menghasilkan pokok ajaib ini di halaman belakang rumahnya berdekatan dengan Chichester, West Sussex. Pencantuman tunas dilakukan pada setiap musim sejuk untuk setiap jenis epal yang bakal dihasilkan.
Pokok ini menghasilkan perlbagai jenis yang di gemari ramai termasuklah beberapa jenis yang jarang ditemui seperti, Withington Fillbasket (1883) dan Magnum Eady (1908). Barnett, 40, berkata:" Saya mula bekerja di tapak semaian (nurseri) dengan keluasan beberapa ekar dan hanya dapat menanam 90 jenis epal untuk satu baris. Saya ingin menanam pokok saya sendiri tetapi kekurangan tempat, jadi dari situlah saya mendapat idea untuk menghasilkan satu "family tree" dimana saya dapat menghasilkan kepelbagaian jenis epal hanya pada satu pokok dan ia ternyata dapat menjimatkan ruang penanaman saya. Penunasan saya hasilkan pada setiap musim panas dan cantuman pada pokok induk pada setiap musim sejuk."
Untuk penunasan, putik buah di potong dan di masukkan ke dalam kulit pokok " Family Tree", manakala cantuman melibatkan proses yang sama tetapi biasanya pada dahan kecil yang mempunyai lebih dari satu putik buah epal.
Selepas beberapa lama, tunas dan dahan ini membesar menjadi sebahagian daripada pokok induk dan akhirnya menghasilkan kepelbagaian jenis epal.
No comments:
Post a Comment